Selamat datang ke blog ADIKJAMIL.COM. SEMOGA ANDA MENDAPAT MANFAAT DARI BLOG INI

Wednesday, September 17, 2008



Selasa (16 September 2008)
Hari yang dinantikan tiba. Hari ini saya dan rakan-rakan akan melaksanakan projek perkongsian ilmu yang dirancangkan sepanjang seminggu sebelumnya. projek pertama kami ialah membuat video menggunakan perisian movie maker
Pukul 8.00 pagi.
Semua guru yang dijemput melalui surat sebelumnya telah berkumpul dalam makmal komputer SKPR.

8.00 pagi- Memberikan ucapan alu-aluan kepada yag datang dan sesi memperkenalkan diri.
seterusnya kami mengagihkan bahan - bahan yang akan digunakan untuk membuat projek. Bahan-bahan tersebut terdiei daripada bahan video, gambar dan audio. Proses ini mengambil masa yang agak lama hampir 45 minit.

Masalah yang berlaku: Komputer riba guru yang terdapat banyak virus yang telah merebak kepada komputer guru lain melalui pen drive yang dikongsi.

Kesannya: Bahan yang diberikan tidak dapat dipindah masuk ke dalam komputer yang telah dijangkiti virus.

Cara mengatasi masalah :
1. Mengunakan Cd yang telah dibuat salinan terlebih dahulu.
2.Mengambil secara terus dari komputer guru-guru praktikum menggunakan pen drive peribadi masing.

Setelah selesai membuat salinan penerangan tentang perisian yang akan digunakan telah dilakukan oleh Cikgu Jamil.
Setelah selesai penerangan tentang program selesai Cikgu Kamil pula mengambil alih tugas seterusnya. Menerangkan bagaimana cara-cara untuk mengimport imej dan meletakkan ketalam garis masa. Proses ini mengambil masa 1 jam kerana ada guru yang tidak pernah menggunakan program ini.

Langkah memasukkan video dan teks pula telah diterangkan oleh Cikgu jamil dan proses ini telah mengakibatkan beberapa komputer guru mengalami masalah kekurangan memori kerana menggukan komputer yang telah berusia. Ada komputer yang terpaksa di restart semula.

Proses menambah kesan khas dan translation telah dilaksanakan oleh C Wan Mahadi. Semasa penerangan beliau guru-guru sudah semakin mahir menggunakan perisian ini. Buktinya terdapat beberapa kumpulan guru yang telah dapat membuat projek video yang kedua.

Akhir sekali Cikgu Jamil telah menerangkan kaedah menyimpan projek yang telah dibuat.

kaedah 1. Format movie maker- untuk pemurnian pada masa akan datang
kaeadah 2. Format avi atau wmv- dalam bentuk stand alone boleh terus menggunakan perisian winamp atau media player.
kaeadah 3. F0rmat VCD atau DVD- untuk digunakan bersama DVD player atau VCD player di rumah.

Rumusan: Segala perancangan berjalan lancar, tersusun dan mencapai matlamat yang diharapkan iaitu menarik minat guru dan menghasilkan video.

Thursday, September 11, 2008

Selasa (0 9/09/08)


Cuba lihat tarikh di atas tu  cantik kan .. kita tak akan jumpa lagi tarikh ini, kerana setiap masa dan waktu yang berlalu tidak akan kembali. Moralnya  Hargailah masa.. 

Hari ni saya dan rakan-rakan melihat persekitaran makmal yang dibina. makmal fasa 1. jadi komputer yang terdapat didalamnya banyak yang dah di paket semula untuk dihantar hapus kira.  Dapat bayangkan tak macam mana makmal komputer beroperasi? Guna komputer yang agak lambat dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Juru teknik SKPR  En Azan banyak memberikan penjelasan tentang keadaan komputer ni..

Seperkara lagi.. suasana persekiataran sekolah ini melambangkan perpaduan rakyat malaysia kerana terletak dalam kawasan persekolahan  Rimup. Ada sekolah Tamil dan sekolah Cina. Memandang kan sekolah Tamil terdapat penambahan bangunan maka suasana menjadi bising dengan mesin cerucuk. 

Khamis (11/9/2008 )


Bila sampai tarikh ini teringat kisah sejarah WTC kena serang.. Osama Laden yang kena tuduh..  tapi pada hari ini lain pulak dalam sejarah praktikum saya.. sekolah senyap sunyi.. hanya pelajar UPSR yang nampak. pelajar lain ada tapi macam tak ada. Macam mana eh... So kerja saya ari ini adalah mencari bahan video dan gambar yang menarik untuk projek perkongsian ilmu minggu depan. Cuaca sangat baik. Gangguan pun kurang. senang nak buat kerja.. Sahabat sahabat lain buat apa sekarang ni?

Selasa (10/9/08) 


Kami merancang dan membuat draf surat untuk melaksanakan projek perkongsian ilmu. Taip surat dan submit pada Gpk 1 untuk bincangkan cara pelaksanaan dan  tindakan 

1. Isnin (8/9/08)

  • Jarak sekolah dengan rumah saya hanya 2 minit je. Tapi sampai sekolah pukul 7.20 pagi. Pelajar baru memenuhi ruang dataran perhimpunan. Setelah sekian lama tak ke sekolah rendah hari ni saya datang semula ke sekolah rendah dan rasa macam mempunyai anak-anak yang ramai pulak. mana taknya semuanya comel-comel dan kecik-kecik je. Kerenah mereka jangan cakap la. teringat masa zaman sekolah rendah dulu bila mereka beratur dan angkat tangan atas bahu. Dah lama tak buat macam tu..
  • Selepas perhimpunan kami bertiga ( kamil, Jamil dan Mahdi) menggadap guru besar ( En Yahya bin Haji Kamarudin)  sebagai tanda melaporkan diri dan memberitahu tentang kehadiran kami.( kalau tak mereka tak tau pun kami wujud kat sekolah tu) Guru besar bagi penerangan tentang sekolah dan beberapa pesanan serta mengucapkan selamat datang.  Satu perkataan yang menarik perhatian saya yang telah diperkatakan oleh Guru besar tentang prinsip manusia iaitu " manusia ni ada dua perkara je untuk buat sesuatu, Nak dengan tak nak je" maksudnya kalau manusia tu nak kan sesuatu dia akan buat apa saja untuk mendapatkannya tapi kalau dan tak nak dia akan buat apa saja untuk beralasan.  Soalan: Adakah kita semua dalam kdp14m macam tu? 
  • Peperiksaan UPSR,akan bermula, jadi  kami tidak diberikan jadual waktu mengajar. Oleh itu kami menerangkan kepada beliau tentang rancangan kami untuk membuat perkongsian ilmu kepada semua guru SKPR. Setelah dia bersetuju kami pun beredar ke makmal komputer yang terletak jauh dari pejabat. 
  • Mula merancang untukmembuat projek. Rancangan kami untuk menunjukcara bagaimana hendak membuat video dan menghasilkan vcd serta memanipulasi gambar. Habis hari pertama

Monday, September 8, 2008

Jom tambah duit
Cara mudah untuk menambah wang dalam saku anda. Terbukti kini.. lihat laman ini segera.. bertindak segera.. belum cuba belum tahu http://www.perigicash.com/?ref=adikjamil

Thursday, September 4, 2008

 Salam sejahtera kepada semua pelawat yang sudi berkunjung ke teratak adikjamil.com. Blog ini adalah blog saya yang entah ke berapa saya pun tak ingat. Tapi dalam banyak-banyak blog yang saya buat blog adikjamil ini lah yang paling best.. nak tau kenapa.. lihat lah sendiri k