1. Isnin (8/9/08)
- Jarak sekolah dengan rumah saya hanya 2 minit je. Tapi sampai sekolah pukul 7.20 pagi. Pelajar baru memenuhi ruang dataran perhimpunan. Setelah sekian lama tak ke sekolah rendah hari ni saya datang semula ke sekolah rendah dan rasa macam mempunyai anak-anak yang ramai pulak. mana taknya semuanya comel-comel dan kecik-kecik je. Kerenah mereka jangan cakap la. teringat masa zaman sekolah rendah dulu bila mereka beratur dan angkat tangan atas bahu. Dah lama tak buat macam tu..
- Selepas perhimpunan kami bertiga ( kamil, Jamil dan Mahdi) menggadap guru besar ( En Yahya bin Haji Kamarudin) sebagai tanda melaporkan diri dan memberitahu tentang kehadiran kami.( kalau tak mereka tak tau pun kami wujud kat sekolah tu) Guru besar bagi penerangan tentang sekolah dan beberapa pesanan serta mengucapkan selamat datang. Satu perkataan yang menarik perhatian saya yang telah diperkatakan oleh Guru besar tentang prinsip manusia iaitu " manusia ni ada dua perkara je untuk buat sesuatu, Nak dengan tak nak je" maksudnya kalau manusia tu nak kan sesuatu dia akan buat apa saja untuk mendapatkannya tapi kalau dan tak nak dia akan buat apa saja untuk beralasan. Soalan: Adakah kita semua dalam kdp14m macam tu?
- Peperiksaan UPSR,akan bermula, jadi kami tidak diberikan jadual waktu mengajar. Oleh itu kami menerangkan kepada beliau tentang rancangan kami untuk membuat perkongsian ilmu kepada semua guru SKPR. Setelah dia bersetuju kami pun beredar ke makmal komputer yang terletak jauh dari pejabat.
- Mula merancang untukmembuat projek. Rancangan kami untuk menunjukcara bagaimana hendak membuat video dan menghasilkan vcd serta memanipulasi gambar. Habis hari pertama
0 comments:
Post a Comment